Sunday, 1 April 2012
salad sosej kentang
Salam semua.
Kita sentiasa tercari-cari resepi yang simpel. Terutamanya bila masa kita dicuri dan kita mahu menyiapkan hidangan dalam masa yang singkat. Pada masa yang sama kita mahu ia tetap disukai oleh anak-anak.
Salad sosej kentang ini dapat disiapkan dalam masa yang saaaaangat singkat. Di samping itu bolehlah buat telur mata kerbau masak sos cili thai dan untuk menambat selera, tumbuklah sambal belacan.
Banyaknya sosej ikut kesesuaian. Dalam kata lain, ikut suka hatilah banyak mana nak buat.
Banyaknya kentang juga ikut kesesuaian.
Mayonis juga pandai-pandai sendirilah.
1 sudu besar lada hitam ajishio (atau lebih/ kurang mengikut banyak sosej dan kentang)
lada hitam kasar
baby tomato beberapa biji dibelah dua
sedikit daun bawang dan daun sup untuk tabur
sedikit capsicum hijau dan merah didadu (aku tak bubuh sebab tak ada)
garam secukup rasa
Kentang dipotong wedges dan digoreng sehingga kekuningan.
Sosej dipotong menyerong. Panaskan air dalam periuk dan bila mendidih masukkan sosej. Rebus sebentar sahaja dan toskan.
Masukkan kentang yang telah digoreng, sosej dan bahan lain kecuali daun sup/bawang dan lada hitam kasar ke dalam mangkuk. Gaul rata. Akhir sekali taburkan lada hitam kasar dan daun sup/bawang.
Sedia untuk di makan atau diratah.
Sekian.
sumber dari: resipiibundo.blogspot.com
Labels:
Simple Salad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment