Mayones mula tercipta pada tahun 1756 dan ia merupakan idea bijak seorang
tukang masak dari Perancis. Konon nya sebaik sahaja Belanda mengalahkan British
di Pelabuhan Mayon, tukang masak mereka ingin memberi kejutan kepada semua
tentera dengan menyediakan sejenis sos yang diperbuat daripada krim dan telur.
Mahu dijadikan cerita, ketika sedang membancuh sos ini, tukang masak tersebut
menyedari di dapurnya telah kehabisan krim. Oleh itu, dia telah menggantikan
krim dengan minyak zaitun. Keajaiban kulinari telah tercetus dengan
kebijaksanaan tukang masak tersebut. Sos itu kemudian dinamakan sebagai
"Mahonnaise" sebagai penghargaan terhadap kemenangan Belanda.
sumber dari: syafiqahmohmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment