Bahan-bahan
1 genggam/
(100gm) kacang buncis
3 biji kentang / (400gm) kentang
2 biji telur
1 biji (90gm) tomato-belah baji
¼ tin / (60gm) isi ikan tuna
½ biji bawang besar-dihiris
½ tin / (7gm) anchovies
¼ biji / (50gm) daun salad
3 biji kentang / (400gm) kentang
2 biji telur
1 biji (90gm) tomato-belah baji
¼ tin / (60gm) isi ikan tuna
½ biji bawang besar-dihiris
½ tin / (7gm) anchovies
¼ biji / (50gm) daun salad
Cara-cara penyediaan
- Potong hujung kacang buncis dan rebus sehingga empuk. Potong kepada 3 bahagian.
- Rebus ubi kentang sehingga empuk dan hiris setebal 6-8cm.
- Rebus telur sehingga masak sepenuhnya. Buang kulit dan belah 4 bahagian.
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali telur, daun salad dan anchovies di dalam mangkuk.
- Kemudian, campurkan dengan 6-7 sudu vinegrette dan gaul sebati. Perisakan dengan garam, gula dan lada putih sekiranya kurang rasa.
- Susunkan daun salad atas pinggan dan tuangkan salad. Susunkan telur dan anchovies atas salad. Sedia untuk dihidang.
Vinegrette
¾ cawan / (187.5ml) minyak zaitun/ jagung
¼ cawan / (62.5ml) cuka salad
1 ½ sudu kecil bawang besar cincang
½ sudu kecil bawang putih cincang
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
Secukup rasa lada putih
Cara penyediaan Vinegrette
-
Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. Simpan dalam bekas sebelum digunakan.
sumber dari: azlirazali.blogspot.com
No comments:
Post a Comment