Cara2 nak menyediakan salad sayur ni tersangat la mudah.. Mula2 sekali..kita
sediakan sayur2nya...
# Dua biji kentang dikupas dan dipotong dadu
# Dua biji cili benggala (sebiji warna merah dan hijau)
# Sayur brokoli hijau dan putih ...potong2kan supaya saiznya
mudah untuk dimasukkan ke dalam mulut
# Lobak merah yang dihiris panjang2 (jangan terlalu
nipis)
# Beberapa helai salad buah / iceberg salad (dipotong
sederhana nipis)
dan jangan lupa sediakan juga bahan untuk sos salad..
# Sos mayonis putih (yang biasa) dan mayonis Thousand
island..
Kaedahnya...
Mula2..kita rebus secara berasingan kentang, sayur brokoli
dan lobak merah..
Untuk mengekalkan kerangupan sayur semasa dimakan..
selepas
rebus.. terus masukkan sayur ke dalam air yang berisi ais..
Kemudian
toskan...
Sayur salad dan cili yang telah dibasuh..
hendaklah
ditoskan sepenenuhnya sehingga kering sebab kalau tak kering betul2 nanti akan
menghasilkan air selepas digaul dengan mayonos.
Setelah semua sayur kering dan dipotong..
masukkan semua
sayur ke dalam sebuah bekas yang besar
(tujuannya supaya mudah digaul
nanti)
Masukkan sedikit kedua2 jenis mayonis dan gaul rata2.
Kalau
rasa kureng.. tambahkan lagi mayonis tu..
Kalau nak rasa masam lagi..boleh tambahkan sedikit perahan
jus oren atau jus lemon.
Kalau tak de..jus limau nipis pun boleh..
Pastu jangan
lupa gaul ok..
Kemudian masukkan dalam peti sejuk sebelum makan.
Makan
waktu sejuk2 lagi sodap...hehehe
Selamat Mencuba ye....
sumber dari: zawaniamirah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment