Saturday, 23 June 2012

salad aneka n sos kismis




Untuk Salad:
1 biji timun
1 batang lobak merah
6 kelopak daun salad
1 batang seleri


Bahan-bahan Sos:
5 tangkai cili merah - dikerat-kerat
4 ulas bawang putih
200 gm kismis kuning
100 gm kismis hitam
1 sudu kecil herba oregano kering
2 sudu besar gula pasir
1/4 cawan cuka buah
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil bijan
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan:
Panaskan minyak dan tumis cili merah, bawang putih, biji sawi dan bijan beberapa minit.
Asingkan.
Kisar bahan-bahan sos lain bersama bahan yang dimasak tadi dan juga dua cawan air.
Hidangkan sos bersama semua bahan salad yang sudah dibersihkan dan dipotong mengikut bentu yang disukai.
Anda juga boleh mencelur timun dan lobak merah sebentar jika suka.



sumber dari: sajionline.com.my

No comments:

Post a Comment