Hidangan salad bukan saja menjadi pilihan mereka yang menjaga berat badan malah ia semakin mendapat perhatian kerana ramai sedar ia mempunyai banyak kebaikan. Selain membantu mengurangkan paras kolesterol dan sembelit, pengambilan salad setiap hari mampu membekalkan mikro nutrien yang diperlukan badan.
Salad hijau memberi kesan yang baik pada penghadaman. Ini kerana sayuran ini kaya nutrien seperti vitamin A, asid folik, fiber, magnesium, potasium dan fosforus membuatkan perut terasa lebih kenyang sekali gus menurunkan berat badan.
Selain itu sayuran ini juga mengandungi beta karotin yang baik untuk sistem imunisasi dan mencegah kanser. Memakan sayur-sayuran setiap hari menjadikan badan lebih beralkali. Ini kerana jika kandungan asid terlalu tinggi dalam badan, penyakit akan mudah singgah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Bagi mereka yang mengalami gangguan tidur atau insomnia salad boleh menjadi penawarnya.
Menyedari kebaikan salad, sebaiknya makanan ini dijadikan hidangan wajib terutama pada waktu makan tengah hari dan malam. Selain membantu memperbaiki diet anda, campuran sayur-sayuran hijau ini mudah disediakan kerana tidak perlu dimasak.
sumber dari: www.jomdiet.com
No comments:
Post a Comment