Thursday, 15 March 2012

Salad Makaroni Bersayur




Permakanan yang baik adalah permakanan yang seimbang. Orang ramai boleh menikmati makanan yang sihat bukan sahaja menyelerakan tetapi juga mudah disediakan. Resepi Salad Makaroni Bersayur adalah sangat sesuai untuk santapan sekeluarga. Rasanya yang enak dapat menarik minat kanak-kanak untuk menikmatinya juga.

Bahan A:
 
2 cawan makaroni yang sudah direbus dan digaul marjerin

Bahan B:
2 cawan bunga kubis – dipotong
6 batang kangkung – dipotong 2 cm
2 cawan sayur campur
1 cawan udang buang kulit & bersihkan – dicelur
10 biji kacang buncis – dikerat 3
6 biji bebola ayam – dibelah dua
3 keping kek ikan – didadu
3 keping sosej – didadu

Bahan C:
3 biji telur rebus – dipotong 4
3 biji kentang – dibuang kulit & didadu
1 biji timun – dibersihkan, belah 2 & dihiris
1 pokok daun salad – dibersihkan & dipotong 2 cm

Bahan D:
1 cawan daging cincang
1 cawan puri tomato
1/4 cawan cili kisar
Gula & garam secukup rasa
5 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
3 sudu minyak masak
1 cawan air

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi. Masukkan daging cincang, gula dan garam. Kacau rata hingga masak.
2. Tuangkan puri tomato dan gaul rata. Biarkan mendidih hingga pekat.
3. Campurkan bahan A dan B dalam sebuah mangkuk besar dan hidangkan bersama kuahnya.


sumber dari: www.santapanistimewa.my

No comments:

Post a Comment