Resepi asal adalah daripada buku Air Tangan Sheila Rusly, (pelakon serba-boleh
tuuu....) Edisi 20 Resepi Kerabu terbitan Karangkraf... Macam-macam kerabu ada
kat dalam buku ni... Terima kasih le kepada adik K.An Hanida yang hadiahkan buku
ni masa hari Jadi K.An tahun lepas.. berbaloi..
K.An dah ubahsuai sikit resepinya mengikut bekalan bahan yang ada dan
citarasa K.An.. Apapun terima kasih banyak Kak Sheilaaaa...
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam
*** tumbuk semua bahan A hingga lumat
Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji
ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng
separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan
carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan
air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit.
Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan
masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya.
Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan
dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang
lagi....
sumber dari: periuktanah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment