Sunday, 15 July 2012

kerabu ayam







Masa dok edit gambar ni, di ingatan K.An kerabu ayam je... bila dah selesai, jenguk semula resepi asal,..... alamak!!! rupanya, namanya Salad Ayam Seleri.... ikutlah nak guna yang mana pun. Salad tu 'omputih' kata, kerabu tu, Orang Melayu kata....

Bahan senang, sajian sihat, cara membuat pun saaangat mudah... Apa lagi, cubalah resepi ni. Walaupun ringkas, tapi cukup membuka selera.

Resepi asal daripada sekumpulan Chef Hotel Allson Klana, Putra Nilai, Negeri Sembilan. Disiarkan dalam Majalah Rasa Oktober 2009 Edisi Rumah Terbuka Hari Raya... (ramai chefnya, tak tau siapa punya air tangan..

Bahan-bahan:

200 gm isi ayam- potong kecil dan rebus dalam sedikit air
**2 batang seleri
**2 helai daun limau purut
**1 labu bawang besar holland
**2 batang serai
**5 biji cili padi

semua bahan bertanda** dihiris halus

1 sudu makan pes tomyam- ikut citarasa
1/4 sudu teh lada sulah
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Toskan isi ayam dan masukkan ke dalam mangkuk.
Campurkan bahan lain yang telah dihiris dan tambahkan pes tomyam, lada sulah, garam dan gula.
Tambah sedikit air rebusan jika suka salad sedikit berkuah.
Gaul rata dan sedia dihidang



sumber dari: periuktanah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment