Waktu memasak : 5 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
BAHAN-BAHAN:
- ½ kg sotong | dipotong bulat dan direbus
- Air rebusan sotong secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air limau nipis secukupnya
BAHAN-BAHAN ( DIHIRIS HALUS):
- 4 batang serai
- 2 batang bunga kantan
- 5 biji bawang merah
- 4 biji cili padi
- Garam secukup
CARA MEMASAK:
1 Masukkan sotong ke dalam sebuah bekas.
2 Kemudian masukkan serai, bunga kantan, bawang merah, cili padi, air limau nipis, gula dan garam secukup rasa.
3 Selepas itu masukkan sedikit air rebusan sotong tadi. Gaulkan kesemuanya hingga sebati. Sedia dihidang.
sumber dari: rasa.karangkraf.com/resipi-menu
No comments:
Post a Comment